Archive for January, 2010

Negative experience of Malaysian taxi #1

A bersama tiga lagi orang kawannya menaiki teksi untuk perjalanan lebih kurang 2 km. Kalau nak diikutkan harga kebiasaan, ia tidak akan mencecah RM 6, mengikut harga meter yang baru.

 

Seperti biasa, terdapatnya sebilangan pemandu-pemandu teksi yang suka makan duit haram. Mereka ini merasakan dengan memakai ketayap atau memberi ceramah anti-kerajaan di dalam teksi sudah cukup untuk membuatkan mereka masuk syurga walaupun bawak teksi dan caj penumpang harga lebih TANPA memberitahu penumpang apakah jenis caj yang dikenakan.

 

Kali ini, A telah bersemuka dengan seorang pemandu teksi yang bernama C. Nombor teksi tidak dicatatkan. Tunggu la. Selepas ini ‘crackdown’ besar-besaran terhadap pemandu teksi yang berperangai busuk akan dimulakan.

 

Fauzan.us menyokong 100% penggunaan meter. Mahal atau tidak tidak mengapa asalkan IKUT METER.

 

A: [Bagi duit RM 5 kat C]

C: [Buat muka seposen]

A: Bukan RM 5 ke encik?

C: Kamu naik lain-lain dengan dia [Kawan-kawan A] tadi

A: Setahu saya, satu teksi, satu tambang.

C: Kat Komuter kita caj ikut kepala. Bukan ikut teksi.

A: Meter macam mana?

C: [Tekan butang “tempahan melalui telefon” kat meter dan secara otomatiknya tambang bertambah RM 2 menjadi RM 6.40]

A: Ni tambah dua ringgit sebagai caj tambahan telefon (kalau kita telefon teksi akan dikenakan caj tambahan RM 2)

C: Ya.

A: Ada saya telefon tak teksi ni? Saya tahan je tadi.

A: Orang lain, selama saya naik teksi ni, caj RM 5 saja nak sampai sini.

C: Kau simpan ah duit tu buat kau belajar. Aku dah cam muka kau, nanti aku bagitau kat budak-budak ni kat komuter. [A tak tau budak2 mana. Gangster ke, pemandu teksi ke, pegawai KTM ke)

A: Betul ni?

A: (“Baik” la pulak drebar teksi ni. Aku nak bagi tambang sekadar perlu, dia pulak reject). Ok terima kasih. [Tutup pintu]

 

Apa hasilnya. Fauzan.us mendapati, si A kini lebih ketakutan untuk keluar, apatah lagi menggunakan teksi. Berkemungkinan kerana diugut secara langsung oleh C.

 

Di mana hak A sebagai pengguna?

 

Kita sering kali membaca berita dalam surat khabar, LPKP selalu sahaja ‘menangkap’ pemandu-pemandu teksi yang berperangai busuk ini. Mengapa mereka tidak berubah?

 

Pegawai-pegawai kerusi empuk LPKP, apa kata korang naik teksi je hari-hari pergi keje? Naik kereta jer apa barang. Rasa apa yang orang lain rasa. Rasalah bagaimana dicekik oleh pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab. Jangan pandai buat kenyataan ‘pendedahan mengejutkan’ saja dalam media kalau tiada tindakan susulan ke atas EACH taxi driver that you have cought.

LPKP I challenge you to curb down on this issue. Make those who have been warned many times to go straight to jail for a week or a month, let them suffer. And let them know there are many people who have to board the taxis and ended up being ‘choked’ mercilessly by uncompassionate taxi drivers.

Let their family suffer because of the taxidriver’s misbehavior which has adversely affected our country’s image among tourists, even among the locals. Hopefully, upon their return, they will turn over a new leaf. Why am I suggesting this inhumane move? Because there are quite a number of innocent taxi drivers who earn their money in halal way, and ended up earning less than those uncompassionate ones, just because they are trying to abide with the law.

 

 

Sering kali kita jumpa juga pemandu teksi yang mengenakan tambang kurang daripada yang tercatat dalam meter. Alhamdulillah, mereka ini memang baik.

 

Mengapa? Tidak rugikah mereka?

 

Marilah kita teliti satu kisah perbualan seorang pelajar dan seorang pemandu teksi. Pemandu teksi tersebut menceritakan gelagat-gelagat pemandu teksi yang berperangai busuk kepada pelajar tersebut:

“Bawak teksi ini sebenarnya senang nak dapat duit. Tambang meter yang baru ni dah cukup. Asalkan jangan main nombor (ekor) dan main dam di waktu kerja. Saya bawak teksi, cukup je duit makan keluarga”.

Ini pengakuan jujur pemandu teksi yang ikhlas dan telus dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemandu teksi. Terima kasih diucapkan.

 

Konklusi: Kebanyakan pemandu teksi dah baik, cuma ada segelintir yang berperangai buruk. Eliminate them and Malaysia will be way better. Repeat the word, eliminate. Not suspend. 5 year suspension would suffice.

 

Hanya sekiranya kerajaan serius dalam usaha memenangi hati rakyat untuk menang PRU seterusnya. Rakyat yang kena tipu dengan taxi drivers lagi banyak daripada taxi drivers themselves. Do the math, and help the majority.

 

Another perspective…

Let us look into this particular issue pertaining the taxi drivers at the LCCT.

http://www.parti-sosialis.org/posts/290/penderitaan-pemandu-teksi-lcct/

They have their trip limits, some of them only go back home once per week. While some people think they are simply making illogical claims, the truth is there. People should realize how hard it is to earn some money over there. And yet the taxi drivers in the other areas simply ask for exorbitant fares and make moe money on-the-fly. Very unfair towards the unfortunate LCCT taxi drivers.

Tags: , , , ,

Aizat – Just One Boy (OST Talentime)

Just one fruit from 1 tree,
Just 1 rumble mumble from 1 beat
Can 1 send boy climbing climbing
Just 1 flock from 1 cloud
Just 1 itsy bitsy twist and shout
Can send that same 1 boy running running yeah
Aah..there’s a four leaf clover sitting in the sun
It’s been waiting for someone like you
But there’s really really no one but you
Tell me you’re the one
Could it be magic
It must be magic
Tell the truth, are you my only one?
Just 1 word from 1 girl
Just 1 lovey dovey we control
Can make 1 boy crying crying
Oh..I don’t care what you say
I thought to steal 1 kiss when you look away
And send this boy flying flying yeah
Aah..there’s a four leaf clover sitting in the sun
It’s been waiting for someone like you
But there’s really really no one but you
Tell me you’re the one
Could it be magic
It must be magic
I wanna talk like you
I wanna talk like you
Gonna kiss like you
Aah..there’s a four leaf clover sitting in the sun
It’s been waiting for someone like you
But there’s really really no one but you
Tell me you’re the one
Could it be magic
It must be magic
Tell the truth, are you my only one?
Tell the truth, are you my only one?
Tell the truth, cause I love you

Tags: , , ,

Dia Hanya Satu; Sampai Bila-bila

Coretan minda Syahmi Yem (http://theblackbook90.blogspot.com/2010/01/dia-hanya-satu-sampai-bila-bila.html)

Diterbitkan pada 12:16 AM, January 17th 2010

Terbaca artikel akhbar hari ini, seorang pelajar didakwa di mahkamah atas kesalahan menganggu dan mengancam orang lain di Facebook.

Terasa terpanggil untuk menulis tentang isu ni. Penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam. Struktur pewartaan dan akta yang objektif, tapi kurang penguatkuasaan; pendapat aku sendiri. Pertama dan yang paling penting, aku nak ingatkan semua sahabat-sahabat dan saudara aku, tolong jangan cepat melatah dengan isu ni. Mungkin sesetengah orang memandang isu ni sebagai sesuatu yang besar, tapi aku lagi suka tengok isu ni dari segi positif.

Dengan wujudnya isu kontroversi ‘story of the year’ macam ni, barulah jelas peranan NGO-NGO Islam di Malaysia. Cuba kita bermuhasabah sebentar. Apabila kita bercakap tentang isu kalimah Allah ni, bukan berdasarkan perasaan semata-mata. Ketepikan perasaan prejudis dan cuba selesaikan dengan cara Islam.
Dengan wujudnya isu ni jugak, ramailah yang cuba mengambil kesempatan. Menimbulkan provokasi, dengan tujuan memecah belahkan rakyat. Negara yang berbilang kaum, penuh dengan toleransi macam Malaysia ni memang kita boleh agak, Allah akan turunkan macam-macam ujian, terutamanya umat Islam yang disayangi Allah. Bergantung kepada rakyat dan pihak pentadbir untuk menguruskan ujian-ujian ni. Malaysia telah dilihat sebagai sebuah negara, yang perlahan-lahan berubah ke arah sekularisme, atas nama perpaduan kaum. Jadi bila timbul isu sensitif macam ni, semua pihak akan cuba ambil kesempatan demi kepentingan peribadi.

Jadi apa pendapat aku? Kalau daripada mata aku sendiri, seorang pelajar IPTA tempatan yang baru nak kenal dunia, kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam dan tidak boleh digunakan atas apa sebab dan alasan sekalipun. Jadi perkara ni perlu dihalang daripada terus berlaku. Fikirkan apabila perkara ini terus dibiarkan, akan timbul kekeliruan dalam umat Islam. Ini mungkin dilihat seperti perkara kecil, tetapi bayangkan apabila kekeliruan ini boleh membawa kepada murtad. Jika difikirkan betul-betul, tak mustahil boleh membawa kepada murtad. Teringat khutbah Jumaat kelmarin, khatib berkata, “Jika sekarang mereka merujuk Tuhan mereka (Jesus) sebagai Allah, tidak mustahil mereka akan merujuk gereja-gereja mereka sebagai Baitullah, dan kitab (Bible) mereka sebagai Kitabullah.” Risiko ini tidak perlu dipertimbangkan lagi. Nonsense untuk memberikan mereka hak tersebut.


23. “Dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan di dalam undang
undang Allah.”
(Surah al-Fath, 23)

Undang-undang manusia bukan undang-undang Allah. Keputusan Mahkamah Tinggi bukan keputusan Allah. Tetapi bukanlah bermaksud untuk menidakkan kedaulatan undang-undang, hanya peringatan bahawa wujudnya undang-undang Khaliq. Aku bukannya pandai pun dalam undang-undang, tapi aku ada cara sendiri. Yang penting, hormati keputusan mahkamah dan cuba selesaikan dengan sebaik mungkin. Semoga dapat dipelihara iman dan takwa, dan tidak ditiup api benci ke dalam hati umat Islam.

Umat Islam mula gentar apabila pendakwah-pendakwah Kristian maju setapak lagi untuk menyebarkan agama mereka. Jangan gentar, kerana kita di pihak yang benar. Usah tunjukkan betapa rendahnya iman kita, akan datangnya pertolongan Allah. Yakinlah dengan kuasa Allah, dan perbaiki masalah ummah terlebih dahulu. Jika umat Islam bersatu, tidak akan terlintas walaupun sedikit keberanian golongan kafir untuk mempersoalkan Islam.


‘Dan sungguh, jika engkau (Muhammad) tanyakan kepada mereka, “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab, “Allah.” Katakanlah, “Segala puji bagi Allah,” tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.’
(Surah Luqman, 25)

Adakah setiap kalimah tauhid yang kita ucapkan tu bermakna? Adakah setiap kali kita mengucap syahadah, hati kita membenarkan dengan sebenar-benar iman? Adakah kita mengucapkan syukur, tasbih, dan istighfar benar-benar dengan maksudnya, ataupun semata-mata kerana adat? Mungkinkah kita termasuk dalam golongan mereka yang tidak mengetahui? Semuanya perlu muhasabah. Jangan cepat melenting apabila orang mempermain-mainkan agama kita, sebaliknya cuba berusaha untuk meningkatkan takwa dan seterusnya, meningkatkan kekuatan ummah. Tidak perlu komen-komen pedas, “Nak aku lontar bom petrol ke?”. Benda ni tak menunjukkan Islam sebagai agama yang harmoni. Keganasan bukan penyelesaian.

PERHATIAN kepada peminat karipap

Kali ini izinkan saya berkongsi dengan anda akan kewujudan sebuah website. Website gerai yang menjual karipap! Menggunakan platform Blogspot, gerai ini amat bijak dalam usaha menarik pelanggan ke gerainya!

 

Fakta penting gerai karipap panas:

 

#1: Meja gerai lebih panjang berbanding dahulu

image

Anda tidak percaya? Ini buktinya.

image

 

#2: Alamak! Video gerai belum ada! Video anak-anak pun jadilah!

image

 

#3: Berapa jenis roti ada? Errr….lebih kurang 10 kot.

image

 

#4 Ingin ke Gerai Karipap Panas: Gerenti tidak sesat!

image

 

Sudahkah anda berpuas hati? Jom lawati laman blog Karipap Panas sekarang!

http://www.karipappanas.blogspot.com/

Tags: , , , , ,

Jenis jenis karipap

Ok untuk siapa yang tidak mengetahui apa itu karipap, mari kita berkenalan dulu dengan cik karipap.

 

Karipap #1: Karipap ntahapapantah

Karipap tak lawa ni resepi orang dulu-dulu turun temurun. Rasa sama, sedap macam tu jugak. Cuma karipap jenis ini tiada corak pusing-pusing yang cantik tu. Inti? Biasa la…inti ubi.

Kredit foto: http://1001resepi.com/

 

Karipap #2: Karipap mini (comel ni!)

Yang ni pulak karipap saiz kecil. Sesuai dibawa bersama ketika berjalan jalan mahupun berdating. Kulit nipis, tiada corak pusing-pusing, dan intinya dibuat daripada serunding.

http://liana65.fotopages.com/?entry=937461

 

 

Karipap #3: Karipap pusing

Karipap pusing ini ialah spesies karipap yang paling cantik, sesuai dimakan tidak kira usia. Untuk membuat corak pusing-pusing tersebut, kesabaran yang tinggi amat diperlukan.


Karipap pusing – image from wanitaniaga.com

Tags: , , , ,

Guide: How to convert your printouts to PDF

Malay: Cara-cara memindahkan hasil cetakan anda ke format PDF

 

Recently I found a good tool for the mentioned purpose.

 

Use doPDF. More info, visit www.doPDF.com

Tags: , , ,

Sony Playstation 3 Slim (PS3 Slim) Owner Experience

Media playback

Overall media playback capability is decent enough. The main problem is for DivX files, the subtitles need to be embedded in the movie files itself (movie with subtitles, file extension .divx). Media browsing can be very slow especially with large drives, such as 500 GB external drive. I am still figuring my way out on how to improve the overall media browsing speed of PS3.

  • ATRAC files compatible – need to be enabled through system setting
  • .MKV compatible – tested by onetwenty. However, in some files, no sound can be heard.
  • uPNP compatible – can be discovered through your network
  • H.264 compatible
  • Subtitles compatible – by embedding subtitle file into .divx file. Tested by onetwenty.
  • WMA compatible – playability can be adjusted in settings page

Connectivity

  • Can be controlled remotely, such as from PSP Go or SonyEricsson Aino
  • Bluetooth device support
  • Wi-Fi enabled (802.11b/g)

Supported controllers

  • Logitech (Wired) Rumblepad 2, does not support vibration function though.
  • Logitech Wireless Rumblepad (according to some sources)

Storage

  • Games cannot be installed fully into PS3 hard disk. Games Blu-ray yang dimainkan tidak boleh diinstall sepenuhnya ke dalam PS3. Hanya ‘game cache’ akan diinstall dalam PS3. Ketika ingin bermain, tetap memerlukan Blu-Ray disc.
  • Pictures, music, videos can be copied into PS3’s internal hard disk
  • FAT32 compatible – 500GB drives still compatible, although the browsing of files inside becomes slower.
  • NTFS non-compatible – strictly not compatible. Tested and proven as on December 2009. Future firmware upgrade might solve this.
  • FAT – not yet tested. Might be compatible.

Firmware

  • Upgradeable through internet/external storage
  • Firmware size is more than 100 MB
Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , ,